Selasa, 12 September 2017

Rencana hidup aku.

Astaghfirullah halazim...kadang2 kita terlupa nikmat yang telah Allah berikan.Termasuk aku.termenung jauh aku memikirkan hal2 dunia kini.usia aku semakin senja.entah esok atau bila2 tiba giliran aku di jemput ilahi.Sehingga hari ini entah apa yang aku ada untuk sekeping tiket ke akhirat kelak.hati ini semakin hari mengingatkan kematian aku sendiri.episod2 yang sudah2 yang menjadi pedoman melihat dan mengetahui insan2 yang pernah aku kenal,seorang demi sorang pergi ke alam kekal.kekal besemadi sehingga menjelang kiamat.Di sana bermulanya tugas berat bersoal jawab dengan para malaikat,di hitung segala amalan,disiksa dengan seadilnya dengan segala apa amalan yang di lakukan selama hidup di dunia ini....Allahuakbar..Allahhurabbi...ampunkan aku ya Allah..entah kenapa aku masih leka dengan suruhan yang cukup mudah..segala rukun iman ku masih tunggang langgang sehingga kini.entah bila aku akan sujud dan benar2 sujud kepada mu ya Allah.menadah tangan memohon keampunan mu di atas segala dosa2 besar yang telah aku lakukan.hanya kau yang tahu segala apa yang telah aku lakukan dewasa ini.mungkin di dunia ini aku boleh berdiam merahsiakan segala aib yang berlaku,tetapi esok dia padang mahsyar....segalanya akan kau tontonkan...nauzubillah..sesungguhnya aku takut dengan neraka mu,takut dengan segala siksaan mu,takut dengan para tentera malaikat mu yang tulus menghukum setiap menusia yang ingkar dan takbur dengan setiap arahanmu...ya Allah,ampunilah hamba mu ini...ampunilah arwah bapa ku,ibuku dan seluruh ahli keluarga ku yang telah pergi ke alam kekal.berikanlah petunjukmu..agar hati ini agar benar2 insaf dan beriman dengan sebenar benarnya...amin

Selasa, 26 Julai 2016

hari-hari ku...

Sudah lama aku tidak mengarang.Selepas aku berhenti berkhidmat dengan Mantan Ketua Polis Negara dahulu,aku jadi malas ...bukan kerana apa,nak kata kerja banyak pun tidak juga.Nak kata tempat aku kerja sekarang tiada wifi,sudah tentu free ...Mungkin bagi aku semuanya sama sahaja.Kitaran hidup yang sama.Kemana aku pergi,tidur,makan dan bangun pada esok harinya bagi aku adalah sama.Jadi tiada apa yang hendak di karangkan atau di kongsikan.Kawan aku yang suka membaca karangan aku pun sudah hilang entah kemana.Merajuk agaknya.Padahal dialah yang beria ia memberikan galakan supaya aku terus menulis.Dia je yang rajin membaca artikel aku sebelum ni.Tak mengapalah...yang berlalu biarkan berlalu.Mungkin suatu ketika dulu kita disayang,tapi sekarang jangan kan kata benci,meluat..menyampah..terlebih poyo hahaha...segalanya ada.suatu perasaan yang menunjukan ketidak puashatian yang amat sangat..Huh!..tu la..mak aku dulu dah cakap,buat baik tu beringat sikit,esok lusa jadi umpatan di benci orang..ermmm!..yoo lahh...lantak lah.Yang penting nawaitusaumaradinnn....niat tu tak terpesong sampai menjahanamkan orang lain.
......so,sekarang nie kena pikirkan pasal kuarga,isteri dan anak-anak terutamanya.Kesian tengok bini aku sampai ada yang mengata dia....entah apa salahnya dia minat nak berniaga.Insyaallah...Rezeki Allah ni luas...Lepas ni duduk rumah je kira duit.Kita buat macam dulu....
......Kadang tu aku terfikir nak tinggalkan kerja sekarang nie,Sayang ...Basic tinggi tapi ot pulak kurang..Kesian kat bos aku pun ada gak.Sapa nak dia harap lepas nie...kalau pikirkan bos aku,dia dah sememangnya dah berduit.Aku nie...?!!..ada dia pikir ke..haha..tu yang kena tukar kerja gak.Permohonan aku untuk bersama Prasarana pada masa akan datang nanti,aku harap akan dapat mengubah ekonomi keluarga aku dengan keadaan sekarang serba-sebinya memerlukan banyak belanja.
.....Pada usia yang mencecah 4siri nie,tiada apa lagi aku yang bermain dalam pikiran aku.keluarga..keluarga..dan keluarga.Anak yang sulung sudah habis sekolah,tahun depan seorang lagi.masuk umur aku 40,yang tinggal 2 orang lagi anak yang masih belajar.Bermakna bebanan kewangan tu sudah berkurangan.Alhamdulillah...mudahan panjang umur untuk aku bersama isteri menjalani tanggungjawab kami sebagai ibu dan ayah.Mudahan tenaga aku masih kuat untuk mencari rezeki buat keluarga.
.......Tetapi ada tikanya,aku terpikirkan orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku.Bagaimana kehidupan mereka sekarang?mereka yang pernah menjadi sahabat suatu ketika dahulu,semuanya sepi.Suatu masa dahulu...kalau sebut saja nama aku,mungkin ada yang tahu atau tidak,tapi kalau sebut saja nama abang ......,sampaikan rumah terbuka pada hari raya  waktu itu,penuh dengan pelajar sekolah .Ingat lagi aku..aku hanya menjemput 20 orang kawan-kawan baik aku disekolah.Yang hairanya pada hari itu.entah dari mana datanganya kawan-kawan yang begitu ramai...tetapi hari ini,aku sendiri...teman..sahabat..kawan...masing-masing dengan hala tuju sendiri.Mudahan mereka semua bahagia berjaya dalam kehidupan.
.......Kalau nak di ikutkan,sudah bermacam cerita yang berlaku sepanjang kehidupan aku.Daricelik mata hingga lah sekarang.Sudah 38tahun berlalu.Tapi apa yang aku ada selain anak bini aku...? ada laa..yang lebihnya itu adalah memori..kenangan ...yang sukar nak aku ceritakan .Apa yang berlaku sebenarnya bukan yang seperti di gambarkan.Segalanya terjadi secara tidak dirancang.Pada aku masing-masing ada cerita yang sukar untuk di kongsikan dengan orang lain.Bila di ingat semula,ada kalanya buat kita tersenyum sendiri.Ada kalanya buat kita rasa takut dengan hukum tuhan.Ada kalanya terfikir juga kita boleh lakukan sesuatu yang bukan di dalam jangkaan kita.
......bingung,bosan,serabut,semak semuanya ada dalam fikiran aku.entah lah....banyak sangat berfikir.Tapi kepala tak botak lgi.nasib la hari ni dah gaji.Kembang la hidung sikit.Esok petang nak balik kampung plak.Durian mak aku dah mula gugur menyembah bumi.Adik beradik aku juga balik,so aktiviti melebarkan perut dan menambahkan lemak cair akan berlaku esok.Aku di tempat kerja sekarang ni berseorangan.Kerani akaun hari ni halfday,kalau tak dian lah kawan aku berjimba jimba bile free.Bos aku pun dah blah lepas jumaat tadi,katanya nak ke kedah tengok kereta.Esok aku plak ada apoiment satu kereta nak show kat custemer di petaling jaya.lagi nak tunggu si Rizal lambo tu ambek tayar kete dia.ermmmm...lagi plak 2,3 hari ni bos aku macam datang bulan je,segala sudut celah di carinya salah aku dengan klick aku tu.sampaikan gaji pun ditahanya.Kononye lepas ni gaji keluarlepas 31 hb..Huh...!dia lupa agaknya yang bulan ni 31jatuh pada hari ahad.Lepas tu pandai plak gelabah nak pegi kedah tak cukup duit...haha..jadi akta tu di batalkan dengan serta merta.haha..dapat le gaji awal..kalau tak balik kampung setakat isi minyak je lah

Sabtu, 13 Februari 2016

Karipap besar




Tempat yang baru di laluan susur stadium majlis perbandaran selayang baru ke ulu yam.alhamdulillah sambutan amat baik sekali selepas masuk minggu ke-2 operasi kami di sana.operasi perniagaan di kawasan tersebut hanya sebelah pagi buat sementara ini...insyaallah...perangcangan mungkin kami akan teruskn di sebelah petang pula.